baru saya tau, penat rupanya ada anak yang bersekolah. sekolah di sini bermaksud sekolah kebangsaan ye, bukan tadika. sebab saya dah pernah melalui zaman anak bertadika, lain rasanya. di tambah pula sekolah agama. jadual seharian saya jadi penuh. yelah bangun pagi siapkan 2 anak. haziq ke sekolah agama & hafiz ke tadika.
bila haziq balik dari sekolah agama, kalau ada masa saya akan suruh dia siapkan homework yang ada. sambil2 tu bersiap untuk ke sekolah kebangsaan plak. pada masa sedang bersiap ni, hafiz akan pulang dari tadika. bila haziq dah ke sekolah kebangsaan baru lega sket sebab tak berebut masa. masa ni kena kerahkan hafiz & hakim tido.
bila haziq dah balik dari sekolah kebangsaan, akan pastikan dia mandi cepat2. rehat sekejap. lepas maghrib dah kena buat homework yang ada. kemudian, saya akan susun buku2 mengikut jadual keesokan harinya. pada masa ini lah keadaan akan jadi kalut. sebab 3-3 orang bertemu & ambil peluang nak bergaduh. kesabaran saya tercabar. macam biasa bertukar jadi singa betina huhu.
begitulah serba sedikit rutin harian. blom masuk aktiviti basuh baju. baju sekolah haziq saya akan rendam & cuci tangan. biasa laa hero, konfem 'putih' kan baju sekolah. aktiviti lipat baju & gosok baju lagi. pendek kata memang penat. fizikal & juga minda. bila anak bersekolah, kita pun macam bersekolah sama. bukan merungut ye, cuma luahan hati. saya tau ramai kawan-kawan di luar sana yang menghadapi situasi sama. fuhhh!